fbpx

Kerajaan tidak cadang wajibkan dos penggalak, bergantung kepada individu

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang mengakui bilangan yang mengambil dos penggalak agak perlahan ketika ini.

Beliau berkata, buat masa ini hanya 10.8 peratus rakyat di negara ini telah mengambil dos ketiga itu dan kebanyakannya di Sarawak.

“Akan tetapi kita tidak boleh mewajibkannya seperti dos pertama dan kedua. Ia bergantung kepada individu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) yang mengatakan bahawa dos ketiga mengelirukan ramai orang dan kira-kira 30 hingga 40 peratus individu menolak dos penggalak tersebut.

Choong turut meminta kerajaan menyatakan langkah yang akan diambil bagi mengatasi perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Aaron menegaskan dengan mengambil kira kebimbangan terhadap varian Omicron yang baru dikenal pasti, KKM katanya akan bekerja keras dalam memberi galakkan kepada individu dewasa untuk mengambil suntikan penggalak.






Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews