KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 dalam negara hari ini direkodkan sebanyak 4,965 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,667,999.
Maklumat terperinci perkembangan pandemik itu akan dimuat naik Kementerian Kesihatan Malaysia di laman COVIDNOW.
Sementara itu, data turut merekodkan sehingga pukul 11.59 malam Isnin, sebanyak 60,329 kes aktif dan 5,894 kes sembuh dilaporkan.
Sebanyak 38 kematian juga dicatatkan termasuk brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian setakat ini 30,652 kes.