fbpx

Laluan berhampiran Jeram Toi masih selamat dilalui

Foto: BERNAMA

JELEBU: Laluan di jambatan tiang sambut FT086 berhampiran Jeram Toi, dekat sini masih selamat dilalui oleh semua kenderaan, kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa.

Beliau berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan di kawasan itu serta mendapati tiada pergerakan atau keretakan ke atas tiang sambut jambatan berkenaan.

“Justeru, orang ramai diminta tidak menyebar dan berkongsi berita yang belum ditentukan sahih bagi mengelak situasi panik dalam kalangan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Foto Facebook JKR Negeri Sembilan

Jelasnya, pihak JKR akan sentiasa memantau situasi jambatan itu dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh melayari Facebook rasmi JKR Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat seperti penutupan jalan dan tanah runtuh.

Beliau mengulas gambar yang tular di media sosial mengenai satu tiang sambut jambatan yang dikatakan mengalami kesan akibat hakisan tanah di Jeram Toi. – BERNAMA







Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews