fbpx

Bukan misi balas dendam – Conte

London: Antonio Conte menegaskan tiada misi balas dendam ke atas Chelsea ketika dia bersiap sedia kembali kali pertama ke Stamford Bridge sejak dipecat pada 2018.

Tottenham berkunjung ke barat London pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi Khamis ini, perlawanan yang menyaksikan Conte hadir ke kelab yang menyingkirkannya empat tahun lalu walaupun meraih gelaran Liga Perdana dan Piala FA sepanjang dua musim mengendalikan Blues.

Pemecatannya susulan hubungan tegang dengan pengurusan Chelsea berhubung beberapa perkara terutamanya pembelian pemain baharu.

Tetapi Conte berkata balas dendam tidak bermain di fikirannya pada perlawanan di Stamford Bridge pagi Khamis ini.

‘Kami menjalankan tugas dengan baik dan saya fikir tak perlu untuk saya buktikan kepada sesiapa,’ kata Conte. ‘Saya pengurus yang memiliki pengalaman dan melakukan tugas penting bersama kelab lain.

‘Saya berbesar hati kembali ke Stamford Bridge kerana saya menghabiskan dua musim penting bersama Chelsea dan mempunyai hubungan baik dengan pemain. Jadi sangat bagus dapat kembali bertemu mereka.’

Conte turut mendedahkan Tottenham kini berdepan dua lagi ancaman kes Covid yang menyukarkannya mempersiapkan kesebelasan terkuat.

Kemenangan di London bakal meletakkan Spurs dalam landasan terbaik untuk mengakhiri kemarau kejuaraan selama 14 tahun.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts