fbpx

Peluang Newcastle berbelanja besar

MANCHESTER, United Kingdom: Tiga bulan sejak pengambilalihan kontroversi oleh pemegang dana Arab Saudi yang mendapat lampu hijau daripada Liga Perdana, Newcastle kini ada peluang berbelanja pada fasa perpindahan Januari.

Magpies sangat memerlukan peningkatan untuk kekal dalam liga utama England selepas hanya menang sekali dalam 19 aksi musim ini.

Dua perlawanan terakhir Newcastle juga ditangguhkan kerana tidak memiliki pemain yang cukup bersama barisan senior kerana COVID-19 dan pertambahan senarai yang cedera mampu memberikan petunjuk pemain mana akan tiba di St. James’ Park sepanjang 27 hari akan datang.

Pertahanan dilihat akan menjadi keutamaan selepas Newcastle melepaskan rekod 80 gol dalam Liga Perdana pada 2021, 42 daripadanya musim ini.

Pertahanan kanan England, Kieran Trippier dilaporkan semakin hampir ke sana dari Atletico Madrid manakala pertahanan Lille, Sven Botman juga menjadi sasaran.

“Trippier ialah pemain yang menakjubkan dan sentiasa membantu kami, dan saya akan cuba mengekalkannya,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone.

“Tetapi ketika ini, apabila pemain mahu meninggalkan kelab, anda tidak boleh memaksa mereka kekal.”

Kecederaan dihadapi dua senjata pemusnah Newcastle, Callum Wilson dan Allan Saint-Maximin juga menyebabkan pemain serangan dikaitkan dengan perpindahan ke Tyneside, termasuk bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts