fbpx

Montoya buru hatrik di Indy 500

Paris: Juan Pablo Montoya menyertai kembali Arrow McLaren dalam usahanya memburu gelaran hatrik Indianapolis 500, umum pasukan IndyCar itu.

Montoya pemenang di Brickyard pada tahun 2000 dan 2015, turut memandu buat Arrow McLaren pada Indy 500, tahun lalu menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

“Juan Pablo mempunyai banyak ilmu dalam permotoran, dengan dua kejayaan di Indianapolis 500 dan pencapaian membanggakan sepanjang karier Formula Satu (F1) dengan beberapa kemenangan buat McLaren,” kata CEO McLaren Racing, Zak Brown dalam satu kenyataan.

“Kelebihan pengalamannya sangat memberi manfaat kepada pasukan sekali gus memberi kami pilihan sebagai seorang lagi pemandu yang berpotensi untuk menang bila-bila masa selepas dia berada dalam kereta itu.”

Montoya berusia 46 tahun dari Colombia adalah antara pelumba berpengalaman dan pelumba serba boleh yang memenangi perlumbaan dalam Formula Satu, IndyCar dan NASCAR.

Dia juga hanya memerlukan satu kemenangan untuk melengkapkan gelaran “Triple Crown of Motorsport” selepas melakar kejayaan di Monaco Grand Prix, atau kejuaraan F1 dunia, Indianapolis 500 dan perlumbaan Le Mans 24 Hours.

Montoya adalah pemenang di Monaco pada 2003 dan memenangi perlumbaan tiga pertandingan di 24 Hours of Daytona namun dia belum mengulangi kejayaan itu di Le Mans.

Montoya akan menyertai pelumba sepenuh masa Arrow McLaren, Pato O’Ward dan Felix Rosenqvist untuk dua perlumbaan iaitu Indianapolis Grand Prix berlangsung di litar jalan raya Indianapolis Motor Speedway pada 13 Mei dan Indy 500 pula pada 29 Mei depan.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke Indianapolis bersama Arrow McLaren SP dan Mission. Sekali lagi kembali bersaing pada perlumbaan yang amat istimewa bagi diri saya iaitu Indianapolis 500,” kata Montoya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews