fbpx

Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas

Adele tidak mampu menyembunyikan kesedihannya apabila mengumumkan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan sehari sebelum persembahan. - Gambar Instagram ADELE

PENYANYI ternama kelahiran England, Adele mengumumkan penangguhan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.

Penangguhan itu dibuat berikutan separuh daripada tenaga kerja persembahan penyanyi yang kini masyhur dengan lagu Easy On Me itu dijangkiti COVID-19.

Penghibur berusia 34 tahun itu membuat pengumuman penangguhan konsertnya di akaun Instagramnya sambil memohon maaf kepada peminat atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Saya telah melakukan semuanya yang terbaik untuk memastikan kita dapat bersama kali ini, namun, rancangan ini telah dimusnahkan akibat penangguhan berikutan COVID-19.

“Saya memohon maaf, namun persembahan ini belum bersedia untuk diadakan,” katanya sambil menitiskan air mata.

Konsert siri Adele sepatutnya diadakan bermula Jumaat di The Collesseum di Caesars Palace sehingga 16 April depan.
Adele turut berulang kali memohon maaf kerana menangguhkannya di saat-saat akhir walaupun telah lebih 30 jam memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Saya sangat kecewa dan malu dan saya mohon maaf kepada mereka yang telah memulakan perjalanan (untuk menonton persembahan),” kata Adele.

Justeru, kata Adele, siri persembahan yang dinantikan peminat itu akan dijadualkan semula.








Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews