fbpx

Petugas media masih berkampung di IJN

KUALA LUMPUR: Petugas media terus berkampung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat pagi ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi terbaharu yang dikeluarkan pihak keluarga atau IJN berhubung keadaan terkini negarawan itu.

Kelmarin, anak beliau, Datin Marina memaklumkan, mereka sekeluarga sudah berinteraksi dengan Dr Mahathir.

Sabtu lalu, Marina berkata, keadaan bapanya stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan pada 8 Januari lalu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu, 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif.Pada 16 Disember lalu, beliau turut dimasukkan ke pusat sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews