fbpx

Aktiviti mendaki di Selangor dibuka 5 Februari

SHAH ALAM: Aktiviti pendakian dalam hutan simpan kekal di Selangor, akan dibuka semula pada 5 Februari depan.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, pembukaan itu membabitkan 18 hutan simpan kekal di dua daerah iaitu Selangor Tengah dan Hulu Selangor.

Beliau berkata, ia membabitkan Gunung Hitam, Bukit Cenuang, Air Terjun Sungai Lepoh, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Broga, Bukit Kembara, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Air Terjun Sofea Jane dan Air Terjun Lubuk Tedung di Selangor Tengah.

“Untuk Hulu Selangor pula membabitkan Gunung Ulu Semangko, Bukit Choroko, Bukit Kutu, Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi dan Air Terjun Lubuk Kawah.

“Gunung Nuang masih ditutup kerana dalam penyelenggaraan susulan musim tengkujuh lalu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di lokasi terbabit perlu mendapatkan permit memasuki hutan simpan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-55447000/ 7507/ 7337 atau e-mel [email protected].

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://forestry.selangor.gov.my.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews