fbpx

Verstappen, Marquez bersaing rebut Anugerah Laureus

Race winner and World Champion Max Verstappen (NLD) Red Bull Racing celebrates on the podium. Abu Dhabi Grand Prix, Sunday 12th December 2021. Yas Marina Circuit, Abu Dhabi, UAE.

Paris: Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen dan juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez berada dalam senarai pencalonan memenangi Anugerah Laureus, tahun ini.

Verstappen dinamakan dalam kategori Atlet Sukan Lelaki Terbaik Tahunan disamping atlet terkenal antaranya legenda NFL, Tom Brady; atlet renang, Caeleb Dressel; bintang bola sepak, Robert Lewandowski; bintang olahraga, Eliud Kipchoge dan jaguh tenis kontroversi Novak Djokovic.

Pemandu Red Bull itu memenangi Kejuaraan Dunia F1 2021 selepas menewaskan Lewis Hamilton dalam kempen mendebarkan yang berakhir dengan penamat perlumbaan kontroversi di Abu Dhabi.

Verstappen menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2013 bagi pasukan Red Bull. Malah menjadi pemandu dari Belanda yang pertama muncul juara F1.

Sejak beberapa tahun lalu, juara dunia tujuh kali, Hamilton memenangi tiga Anugerah Laureus dengan kejayaan terakhir pada 2021 apabila dia diiktiraf menerusi aktiviti sosial yang membolehkannya memenangi Anugerah Pembelaan Atlet.

Juara kategori pengilang F1, Mercedes juga tersenarai bagi Anugerah Pasukan Terbaik Tahunan.

Turut mewakili sukan permotoran di anugerah sama tahun ini adalah juara dunia enam kali MotoGP, Marquez, yang disenaraikan pada kategori Penampilan Semula Terbaik.

Pelumba pasukan Honda tidak menyertai perlumbaan sepanjang pandemik Covid-19 yang turut memendekkan perjalanan musim MotoGP 2020. Dia mengalami kecederaan tangan kanan ketika kemalangan pada musim pembukaan Grand Prix Sepanyol.

Dia menjalani tiga pembedahan dan terlepas dua perlumbaan awal pada 2021. Marquez kembali berlumba pada GP Portugal tahun lalu.

Sekalipun bergelut dengan prestasi dan masih dalam proses pemulihan kecederaan bahu kanan, Marquez melakukan penampilan semula sensasi di Grand Prix Jerman.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews