fbpx

Aruwin lepasi halangan awal giant slalom wanita

Foto by: Olympic Council of Malaysia

KUALA LUMPUR: Aruwin Salehhuddin mengatur langkah ‘sempurna’ pada hari pertamanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan menamatkan Run 1 acara giant slalom wanita di tempat ke-46 daripada 82 peserta sebentar tadi.

Beraksi di Pusat Alpine Skiing Kebangsaan Yanqing, atlet berusia 17 tahun yang membuat penampilan sulung di temasya berkenaan, mencatat masa satu minit 6.13 saat (s).

Seramai 19 atlet tidak berjaya menamatkan perlumbaan berkenaan manakala seorang peserta diklasifikasikan sebagai tidak layak dan dua lagi tidak memulakan saingan.

Aruwin dijadual menyertai Run 2 yang dijadual berlangsung pada jam 2.30 petang ini.

Aruwin mencipta sejarah menjadi atlet wanita pertama berjaya melayakkan diri secara merit ke temasya berkenaan.

Ini adalah kali kedua Malaysia menyertai temasya berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews