fbpx

COVID-19: Malaysia catat kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.27

MALAYSIA terus merekodkan trend peningkatan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19.

Ia direkodkan pada 1.27 pada Ahad berbanding 1.20 pada Sabtu, sekali gus menjadi R-naught tertinggi pernah dicatatkan negara.

Sebanyak dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sabah mencatat kadar tertinggi dengan 1.47 dan diikuti Perlis dengan 1.40.

Ini diikuti Sarawak dengan 1.30 manakala Labuan, Putrajaya, dan Kedah masing-masing mencatat 1.25.Seterusnya Terengganu (1.23), Johor (1.22), Selangor (1.21), Pulau Pinang (1.20) dan Pahang (1.20).

Diikuti Melaka (1.16), Perak (1.15), Negeri Sembilan (1.13), Kelantan (1.11) dan Kuala Lumpur (1.10).

Kementerian Kesihatan (KKM) pada Ahad menjangkakan kes jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencapai sehingga 22,000 kes pada akhir Mac ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkaan itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan dalam negara ketika ini ialah Rt 1.2.

Sebelum ini, R-naught tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 1.21 pada 23 Mei 2021.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts