fbpx

Johor, Kelantan rekod penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus

A health worker tends to a patient at the Covid-19 Low-Risk Quarantine and Treatment Centre (PKRC) at the Malaysia Agriculture Expo Park (MAEPS) 2 in Serdang May 19, 2021. — Picture by Shafwan Zaidon

PUTRAJAYA: Dua negeri kini merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) khusus bagi merawat kes COVID-19 melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua negeri berkenaan ialah Johor yang mempunyai 46 katil dan peratusan pengisiannya kini sudah mencecah 65 peratus.

“Selain itu ialah di Kelantan, negeri berkenaan kini mempunyai 36 katil di ICU yang khusus untuk merawat pesakit COVID-19 dan sehingga kini peratusan pengisiannya adalah sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi penggunaan katil di wad bukan ICU, terdapat sembilan negeri merekodkan penggunaan katil merawat pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus.

“Daripada jumlah yang dinyatakan itu, empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Perak dengan pengisian katil sebanyak 99 peratus, ia diikuti Kelantan (96 peratus), Selangor (93 peratus) dan Perlis (93 peratus).

“Selain itu ialah Putrajaya dengan pengisian katil mencecah 85 peratus, Kuala Lumpur (84 peratus), Johor (80 peratus), Sabah (79 peratus), dan Pahang (51 peratus),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat lapan negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Negeri berkenaan ialah Perak dengan 74 peratus, Negeri Sembilan (73 peratus), Selangor (71 peratus), Terengganu (60 peratus), Kelantan (59 peratus), Kedah(51 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus).

“Bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, penggunaannya kini meningkat kepada 141 pesakit atau 36 peratus.

“Secara keseluruhannya, kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri sudah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas segera sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews