fbpx

Filem terbaharu Tom Holland tanpa sut Spider-Man catat ‘box office’

FILEM terbaru Tom Holland “Uncharted” mencatatkan kutipan ‘box office’ di Amerika Utara.

Walaupun tanpa persalinan Spider-Man, filem lakonan Holland yang diadaptasi dari siri permainan video itu dijangka memperoleh AS$51 juta pada hujung minggu akan datang.

Sony Pictures memberitahu filem yang dibintangi oleh Holland dan Mark Wahlberg itu telah berjaya mengutip AS$44.2 juta setakat Ahad, sekali gus meletakkan filem itu nombor 1 dalam carta.

“Uncharted” yang menelan belanja AS$120 juta itu dijangka memperoleh kutipan lebih AS$100 juta dari tayangan globalnya dan juga tayangan di China mulai 14 Mac.

Selain “Uncharted”, pesaingnya filem “Dog” oleh Channing Tatum juga akan mula ditayangkan di 3,677 pawagam hujung minggu ini.

New 'Uncharted' Clip Shows Tom Holland Holding On For Dear Life
Mark Wahlberg dan Tom Holland dan (Kredit: Sony)

Filem “Dog” yang berkisarkan kisah renjer tentera yang ditugas memandu anjing tentera dari Oregon ke Arizona itu turut menerima ulasan baik dari pengkritik filem dan penonton.

Selain filem itu yang hanya menelan kos sekitar AS$15 juta, penerbitnya menganggarkan kutipan sebanyak AS$15.1 juta untuk Ahad lepas dan AS$18.1 juta pada Isnin.

Manakala filem “Death on the Nile” arahan Kenneth Branagh berada di tempat keempat carta dengan jumlah kutipan AS$6.3 juta.





Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews