fbpx

Justin Bieber positif COVID-19, terpaksa tunda konsert jelajah

Justin Bieber membuat persembahan di atas pentas semasa "Justice World Tour" di Pechanga Arena pada 18 Februari, di San Diego, California. (Photo by Kevin Mazur/Getty Images for Justin Bieber)

PESOHOR Hollywood, Justin Bieber yang sepatutnya mengadakan persembahan sempena Justice World Tour di Las Vegas pada Ahad disahkan positif virus COVID-19.

Hal itu sekali gus menyebabkan konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh baharu iaitu 28 Jun 2022.

“Disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan produksi, Justice World Tour akan ditunda ke tarikh 28 Jun 2022.

“Justin sangat kecewa namun kesihatan dan keselamatan kru serta peminatnya menjadi prioriti.

“Konsert jelajah di San Diego sebelum ini mendapat sambutan yang luar biasa dan Justin sangat teruja untuk persembahan di Las Vegas,” maklum kenyataan media oleh wakil penganjur.

Menurut laporan media terdahulu, konsert jelajah Justice World Tour itu telah dimulakan di San Diego pada Jumaat lalu dan akan diadakan di 20 buah negeri sehingga Mac 2023.

Jaden Smith dan TEO antara artis yang dijangka membuat persembahan pembukaan di beberapa lokasi.

Terdahulu, Justin bersama isterinya, Hailey dilaporkan keluar bersama-sam dengan pasangan Kendall Jenner dan Devin Booker untuk menonton perlawanan Super Bowl LVI.





Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews