fbpx

Siti Nurhaliza menangis, terkenangkan arwah Siti Sarah

Putrajaya: Persembahan penuh penjiwaan peserta Big Stage 2022, Aisha Retno menyanyikan lagu Kesetiaan yang dipopularkan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin membuatkan juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata.

Penyanyi tersohor negara itu tidak dapat menahan hiba sehingga mengalirkan air mata ketika Aisha mempersembahkan lagu ciptaan Ajai berkenaan.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tokti turut membuka alat pendengar telinga ketika persembahan sedang berlangsung. 

“Saya hanya terkenangkan Allahyarham…Itu saja,” kata Tokti.

Getar suara Tokti juga seperti menahan tangis dan hanya mengulas ringkas apabila diajukan oleh pengacara program, Sherry Alhadad.

Sebaik saja Aisha menamatkan persembahannya, Ajai meminta penonton menadah tangan membacakan Al Fatihah untuk disedekahkan kepada penyanyi asal lagu berkenaan yang meninggal dunia akibat Covid-19, pada Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Tokti berkongsi dia mencari penyanyi yang bukan bersinar seketika, tetapi untuk selamanya kerana realiti anak seni adalah untuk kekal relevan.

foto via Astro/Azrul Rafie

Kekal sebagai juri tetap program Big Stage 2022, Tokti mendoakan bintang ‘budak baru nak up’ (BBNU) yang berentap supaya percaya diri sendiri dan berusaha sebaik mungkin ketika beraksi di pentas.

Big Stage 2022 menampilkan 12 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Brunei berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai 6 Februari lalu.

Selain Aisha, program itu turut membariskan peserta seperti Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia), Elica Paujin, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla.

Konsert malam tadi menyaksikan penyingkirian Lia Aziz yang mempersembahkan lagu Kisah Hati. Terdahulu, selebriti sensasi, Iqbal Zulkefli tersingkir pada minggu lalu.





Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews