fbpx

Amaran hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan buruk dan waspada untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa sehingga esok.

Amaran berkenaan dikeluarkan meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri

Sembilan dan Melaka.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata sistem cuaca tekanan rendah kini berada di kedudukan 5.13°U 107.05°T di Laut China Selatan dan dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu petang ini sebelum bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga Isnin ini.

“Ramalan terkini menunjukkan kemungkinan sistem ini untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.

“Orang awam di kawasan terbabit dinasihatkan lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Maklumat lanjut mengenai cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews