fbpx

PDRM tunggu perkembangan siasatan SPRM terhadap Rohana

GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu perkembangan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas ketua pegawai eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, sebelum menentukan sebarang tindakan lanjut.

Ketika ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada SPRM bagi menentukan kesahihan dakwaan yang timbul.

“Bagi PDRM, pada masa ini, tiada siasatan yang dijalankan dan kita akan lihat kemungkinan yang ada oleh SPRM.

“Sekiranya ada bukti lain kita akan siasat, cuma buat masa ini, kita serahkan kepada SPRM,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menghadiri persidangan agensi penguatkuasaan dan Pejabat Peguam Negara di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan semalam, SPRM merekodkan keterangan Rohana untuk kali kedua, susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat, berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta).

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews