fbpx

Penyokong mahu Messi tinggalkan PSG

Lionel Messi pictured warming up in front of Neymar, before PSG's game with Bordeaux IMAGO/Panoramic/Federico Pestellini

PARIS: Penyokong Paris Saint-Germain menconteng pusat latihan kelab susulan kecewa dengan penyingkiran kelab itu daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Sejak kekalahan kepada Real Madrid minggu lalu, penyokong melepaskan kemarahan mereka ke atas bintang-bintang utama PSG termasuk Lionel Messi.

Bintang Argentina itu diejek setiap kali mendapat bola ketika kemenangan 3-0 ke atas Bordeaux Ahad lalu, manakala Neymar juga menjadi mangsa selepas dia menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Peminat menuntut presiden kelab Nasse Al-Khelaifi, serta pengarah sukan Leonardo, untuk meletakkan jawatan selepas tersingkir daripada pentas tertinggi Eropah itu.

Pusat latihan kelab diconteng dengan mesej menuntut Messi dan Al-Khelaifi meninggalkan kelab ibu kota Perancis itu.

“Nasser, Leo keluar” dan “10 tahun dalam kesederhanaan” antara mesej yang disampaikan peminat PSG.

Kesemua contengan dipadamkan sudah dipadamkan pihak kelab semalam.

Hanya Kylian Mbappe terselamat daripada kecaman peminat susulan prestasi memberangsangkan penyerang Perancis itu ketika aksi menentang Real Madrid di mana dia meledak satu gol dalam kedua-dua perlawanan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews