fbpx

Tidak lapor suapan, ahli perniagaan didenda RM20,000

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan didenda RM20,000 atau penjara enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis berhubung suapan wang tunai bernilai RM30,000 pada 27 Januari lalu.

Low Kenree, 44, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan, Low diberikan suapan wang tunai RM30,000 sebagai dorongan untuk membantu seorang individu menyelesaikan kesnya berhubung hasil jualan sebuah syarikat bagi Mac sehingga Jun 2020 yang tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Low melanggar peruntukan Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu gagal melaporkan kepada pegawai SPRM atau polis berhubung penerimaan wang suapan berkenaan dan dia melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Subang Jaya, Petaling, dekat sini pada 3.18 petang, 27 Januari lalu.

Tertuduh juga telah melanggar Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 25 (2) akta sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Low yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah untuk mengurangkan denda yang dikenakan atas alasan dia sudah insaf dan kini menanggung ayah yang sedang sakit serta ibu yang menjalani pembedahan pada Disember lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Yusriza Zulkifli memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan menyatakan kepentingan awam mengatasi kepentingan individu, selain kes itu adalah kesalahan yang serius.– BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews