fbpx

Jangkitan sporadik di Sabah melebihi 50 peratus

Pic by ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengingatkan rakyat di seluruh Sabah agar lebih peka dan berhati-hati ketika mengunjungi tempat terbuka, khususnya bazar Ramadan dan pusat membeli-belah.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata ini berikutan peratusan jangkitan sporadik semalam kembali meningkat kepada 55 peratus berbanding 43 peratus pada Ahad lepas.

“Seperti yang diperingatkan sebelum ini, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi, khususnya di tempat yang sesak dengan orang ramai.

“Antara tempat awam yang perlu kita berhati-hati ialah bazar Ramadan dan pusat membeli-belah.

“Ramai pengunjung akan berpusu-pusu ke tempat sesak ini untuk membeli-belah. Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Masidi berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 140 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 368,220 kes dan tiada kes kematian dilaporkan.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 210 menjadikan jumlah kumulatif 352,915 orang.

“289 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 273 orang di hospital, 15 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan seorang di pusat tahanan sementara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews