fbpx

Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi

Foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,476 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun sudah menerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 1,351,441 kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama atau 38 peratus daripada populasi itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 15,862,983 individu dewasa atau 67.4 peratus daripada populasi itu di negara ini sudah menerima dos penggalak, 22,955,496 individu (97.6 peratus) sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,231,190 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,854,727 individu (91.8 peratus) daripada kumpulan itu sudah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,995 individu (94.9 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,081 dos vaksin telah diberikan semalam, membabitkan 2,630 dos pertama, 8,155 dos kedua dan 11,296 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,016,063 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 28 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Perak dan Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu masing-masing enam kes diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) manakala Kedah dan Sarawak masing-masing satu kematian.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews