fbpx

SPRM mulakan siasatan isu penjualan tanah untuk lapangan terbang

Foto oleh MALAYMAIL / Hari Anggara.

Seri Iskandar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, di sini.

Bagaimanapun, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi tidak mendedahkan individu itu termasuk berapa ramai yang dipanggil nanti.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya juga sudah memulakan siasatan selepas menerima aduan rasmi dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, Datuk Asmuni Awi, semalam.

“Siasatan dibuat bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang kesalahan mengikut Akta SPRM 2009.

“Individu yang terbabit akan dipanggil untuk membantu SPRM dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah, Mohd Syukri Azari ketika dihubungi berkata, setakat ini kerja fizikal di kawasan berkenaan masih belum dimulakan.

Menurutnya, pihak berkenaan juga masih belum menghantar pelan kerja tanah, pelan jalan dan perparitan untuk mendapatkan kelulusan sebelum kerja tapak dimulakan.

“Mereka perlu mendapat kelulusan pelan yang dikeluarkan oleh pihak kami, namun setakat ini pihak berkenaan masih belum menghantarnya,” katanya.

Semalam, empat bekas Exco kerajaan Perak sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tampil meminta SPRM membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan Perak mengesahkan tanah berkenaan sudah dijual kepada sebuah syarikat swasta.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews