fbpx

Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan Labuan

Foto: Kosmo Online

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di beberapa kawasan sekitar Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tempoh Sabtu hingga Ahad ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan dalam tempoh 8 hingga 10 April ini.

“Keadaan ini akan menyebabkan penumpuan angin dan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah meliputi kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort); Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud); serta Kudat.

“Selain itu, Sarawak membabitkan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang; dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web: www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

“Talian hotline METMalaysia: 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews