fbpx

Inspektor didakwa 4 pertuduhan babit tahanan wanita

KOTA BHARU: Seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan seorang tahanan wanita pada tahun lalu.

Tertuduh, A Teevagar Gabrialnayagam, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 29 tahun dengan kerelaannya yang diperoleh tertuduh dengan menggunakan kedudukan kuasanya terhadap wanita itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 hingga maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk melakukan pencabulan terhadap kehormatan wanita yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, kira-kira jam 3 hingga 5.30 petang 5 Jun 2021.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita sama tanpa kemahuannya, di lokasi sama antara jam 2 hingga 4.30 petang 7 Jun 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Tengku Shazuan Tg Sharifudin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi kesemua pertuduhan, dan menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews