Hulu Selangor: Sebanyak 16 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di Jalan Kolam Air, Kuala Kubu Bharu, di sini, malam tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, penutupan sementara bekalan air dilakukan pada 11.11 malam bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.
Menurut kenyataan itu, kawasan terjejas adalah Taman Pesara, Kampung Asam Kumbang, Taman Bukit Bunga, Jalan Padang Tembak, Pekan Kuala Kubu Bharu, Taman Juta, Padang Golf, Kampung Orang Asli Tun Razak dan Jalan Syed Mansor.
“Turut terjejas Hospital Kuala Kubu Bharu, Kampung Dagang Setia, Kampung Kelapa, Taman Sri Teratai, Taman Kuala Kubu Bharu Utama, Kuarters Jabatan Kerja Raya dan Masjid Kuala Kubu Bharu,” katanya, hari ini.
Menurut aplikasi itu, proses kerja pembaikan sedang dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan terhadap pelanggan terjejas.
Sumber: Harian Metro