fbpx

RM200,000 lesap angkara ‘Mei Ling’

SEREMBAN: Seorang juruteknik mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas diperdaya sindiket ‘Love Scam’.

Mangsa lelaki terdahulu mengenali suspek wanita dikenali Mei Ling selepas berkenalan di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 45 tahun berkenalan dengan gadis yang mengaku sebagai doktor dari Yaman dan berjanji mahu menghantar wang AS$1 juta (RM4.26 juta).

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa yang sudah berkahwin itu perlu menjelaskan beberapa bayaran terlebih dulu.

“Bagi mengelak daripada diragui pihak bank kerana mangsa perlu melakukan transaksi dalam jumlah yang banyak, sindiket itu turut mengajar mangsa menggunakan alasan untuk melangsaikan hutang atau memberi wang belanja.

“Mei Ling beritahu akan menghantar bungkusan berisi wang tunai AS$1 juta kepada mangsa, namun perlu membuat pembayaran bagi penghantaran parcel itu.

“Mangsa kemudian memasukkan wang RM25,137 ke dalam satu akaun bank tempatan atas nama seorang wanita 18 Februari lalu diikuti RM60,650 pada 10 Mac lalu dan RM60,000 pada 14 Mac lalu.

“Transaksi ini bagi melepaskan bungkusan pengadu yang kononnya tersangkut di bahagian kastam di negara Kemboja dan di lapangan terbang negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa memasukkan lagi wang bernilai RM76,686 pada 28 Mac selepas Mei Ling menjelaskan ia bagi proses pertukaran nama bungkusan.

“Mei Ling sekali lagi minta memasukkan wang RM41,000 pada 31 Mac kerana kononnya bungkusan sudah tiba di lapangan terbang negara ini, namun mangsa enggan membuat bayaran kerana berasa ditipu.

“Mangsa yang sudah berkenalan lebih sebulan itu terpedaya dengan kecantikan serta janji manis yang diberikan suspek.

“Kedua-dua transaksi berjumlah RM222,473 dan kes disiasat mengikut

Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts