fbpx

SPRM kaji dokumen jual tanah lapangan terbang Seri Iskandar

SERI ISKANDAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mendapatkan dokumen berhubung penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar daripada beberapa jabatan berkaitan.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, berkata setakat ini pihaknya belum membuat sebarang penahanan atau memanggil mana-mana individu berhubung perkara itu.

“Belum panggil lagi dan setakat ini belum ada dibuat apa-apa penahanan. (Kami) sedang mengkaji dokumen yang diperolehi daripada beberapa jabatan berkaitan.

“Pengumpulan bukti dan keterangan sedang dilaksanakan. Siasatan lebih menjurus kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, empat bekas EXCO kerajaan Perak sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tampil meminta SPRM membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Bagaimanapun Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan ketika di bawah pentadbiran PH kepada syarikat swasta untuk pembangunan bercampur di kawasan itu.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts