fbpx

Kertas siasatan kes mayat wanita dalam gaung diserah kepada TPR

MAYAT dipercayai seorang perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap bawah gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah. Foto: Kosmo Online

SEREMBAN: Kertas siasatan berhubung penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di sini, sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk proses selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata bagi pihaknya, siasatan kes berkenaan sudah diselesaikan.

“Kertas siasatan dah selesai, hanya tunggu arahan (TPR), kita dah hantar baru-baru ini,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Pada 20 Mac lepas, mayat wanita dipercayai warga tempatan berkenaan ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nanda berkata, reman ke atas lelaki berusia 41 tahun dan wanita itu dilanjut hingga 16 April ini manakala seorang lagi lelaki hingga esok selepas tempoh reman ketiga-tiga mereka berakhir semalam.

Beliau berkata, mereka juga direman susulan penemuan satu rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pada 7 April lepas yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan mereka.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews