fbpx

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Yayasan Tebagu, Kampung Numbak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi tadi, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 pagi.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota dan pegawai bersama van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut hadir di lokasi kejadian untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum pasukan operasi membantu mengangkat mangsa.

“Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.02 pagi.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews