fbpx

Polis sita aset RM4.3j milik pengedar dadah di Terengganu

PDRM's logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star

Kuala Terengganu: Polis Terengganu menyita tujuh lot tanah di beberapa lokasi sekitar negeri ini termasuk yang menempatkan 10 unit chalet dengan nilai keseluruhan RM4.3 juta, yang disyaki diperoleh daripada pendapatan kegiatan mengedar dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kejayaan itu susulan penangkapan dua suspek pengedar membabitkan rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat 541.18 gram dan syabu seberat 46.7 gram pada 9 Disember 2020.

“Satu siasatan kewangan dijalankan ke atas kedua-dua suspek oleh Bahagian Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, yang pada permulaan kes ini tiada sitaan dibuat.

“Siasatan lanjut melalui penjejakan harta melalui bank dan institusi kewangan berjaya menemukan pemilikan tujuh harta tak alih oleh suspek yang diperoleh secara pembelian meragukan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, satu daripada lot tanah disita ialah di Batu Rakit di Kuala Nerus dengan keluasan 9,105 meter persegi termasuk 10 chalet yang dibina di atas tanah berkenaan dengan anggaran nilai RM900,000.

Rohaimi berkata turut disita, beberapa lot tanah termasuk di Kemaman, Dungun dan Marang.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan harta berkenaan adalah terbesar membabitkan pengedar dadah di negeri itu.

“Polis Terengganu di bawah JSJN akan meneruskan penyiasatan penjejakan harta ke atas semua sekutu pengedar dadah dan memastikan semua aset ini dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews