fbpx

Pemandu warga asing dikesan seludup minyak masak berpaket

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Cubaan menyeludup minyak masak paket satu kilogram (kg) oleh pemandu kenderaan warga asing secara kecil-kecilan menggunakan kenderaan persendirian dari Malaysia ke jiran berjaya dikesan pihak berkuasa.

Abd Rahman Abd Aziz yang Menangung Tugas-Tugas (MTT) Pengarah Kastam Kedah, berkata modus operandi penyeludupan minyak masak paket secara kecil-kecilan itu berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Abd Rahman berkata, minyak masak paket tanpa sebarang permit itu ditemui bersama baranglain dalam but kereta untuk mengaburi pandangan pegawai kastam yang bertugas.

Beliau berkata, Cawangan Pemeriksaan Penumpang JDKM Bukit Kayu Hitam akhirnya berjaya menggagalkan beberapa kes cubaan menyeludup minyak masak paket ke negara jiran itu sejak 1 Julai lalu.

“Malah setakat ini, jumlah minyak masak paket yang berjaya dirampas adalah sebanyak 54 pek.

“Ini kerana kita mengesan mereka membawa minyak masak paket secara kecil-kecilan untuk keluar dari negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Rahman berkata, minyak masak diklasifikasikan sebagai dagangan larangan eksport di bawah Butiran 3, Jadual

Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017.

Katanya, ia memerlukan permit daripada Lembaga Minyak Sawit malaysia (MPOB) dan Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa pada 9 Julai 2022.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews