fbpx

Polis kesan kontraktor ubah suai banglo Zalina

Rumah yang didakwa milik Zalina Azman di Jalan Ketiau 3/10 Seksyen 3, Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM: Polis mengesan pekerja-pekerja kontraktor yang melakukan pengubahsuaian rumah Zalina Azman di Seksyen 3 di sini sebaik personaliti TV3 itu membeli rumah tersebut sekitar 2018 hingga 2019.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sehingga kini pihaknya sudah memanggil enam ahli keluarga Zalina selepas laporan kehilangannya dibuat pada November tahun lalu.

“Ya, sudah dipanggil (anak, adik beradik, bekas suami). Polis masih menjalankan siasatan dan kini sedang mengesan pekerja tersebut,” katanya dalam satu makluman ringkas.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi tidak menjangka kehilangan bekas pengacara rancangan ‘Money Matters’ itu mempunyai kaitan dengan jenayah.

Terdahulu, berita kehilangan Zalina heboh apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkongsi berita dan gambar wanita itu di Facebook pada Isnin lalu.

Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kehilangan wanita itu dibuat keluarganya pada  29 November 2021.






Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews