fbpx

Pengasas DAP, Chen Man Hin meninggal dunia

Pengasas parti DAP, Dr Chen Man Hin

KUALA LUMPUR: Pengasas parti DAP, Dr Chen Man Hin, meninggal dunia di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan, pagi ini pada usia 97 tahun.

Memetik laporan portal berita FMT, Man Hin yang juga penasihat seumur hidup DAP, adalah bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mendiang adalah ADUN Rahang dari tahun 1965 hingga 1982 dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timor (1969 – 1974) dan Seremban (1974 – 1982 dan 1983 – 1990).

Mendiang mempunyai lima orang anak dan difahamkan meninggal dunia di samping keluargnya.

Man Hin adalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.

Pengerusi DAP, Lim Guang Eng di Facebook, memaklumkan beliau berasa amat sedih dengan pemergian Man Hin.

“Dalam perjalanan ke Seremban dari Pulau Pinang untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya. Berehat dengan aman,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su menyifatkan Man Hin sebagai seorang yang disanjung tinggi di negara ini.

“Seorang pengasas DAP yang berprinsip dan merendah diri, kami amat terhutang budi dengannya,” katanya.

Bekas ADUN Paloh, Sheikh Omar Ali pula menyifatkan Man Hin adalah ahli politik yang sentiasa memperjuangkan demokrasi dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin pula berkata, mendiang memegang nombor keahlian parti 000001.

Menurutnya, sejarah politik mendiang Dr Chen bermula apabila beliau menyertai Parti Tindakan Rakyat atau lebih kenali sebagai People’s Action Party (PAP).

Katanya, PAP adalah parti pimpinan bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew.

“Perjuangan Man Hin bersama PAP terbantut apabila Singapura keluar dari Malaysia dan Chen serta rakan-rakannya seperti Devan Nair dan Chan Kok Kit mula memikirkan satu wadah baru politik dan mengasaskan DAP,” katanya.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews