fbpx

Hampir 70 peratus pelajar cemerlang STPM golongan B40

SELAYANG: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.79, meningkat 0.01 mata berbanding 2.78 pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata seramai 874 calon atau 2.14 peratus memperoleh PNGK 4.0 dengan 584 (66.82 peratus) daripada mereka adalah golongan B40.

Bagaimanapun, katanya bilangan calon B40 yang memperoleh PNGK 4.0 menunjukkan penurunan peratusan iaitu pada 2020, peratusan B40 adalah 74.76 peratus atau 554 calon.

“Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 meningkat kepada 133 calon, iaitu daripada 741 calon STPM 2020 kepada 874 calon pada 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan STPM 2020 yang turut dihadiri Ketua Eksekutif MPM, Adnan Hussin, hari ini.

Seramai 42,369 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2021, dengan 40,926 (96.59 peratus) hadir mendudukinya, menurun berbanding 44,704 dalam STPM 2020.

Mohd Ekhwan yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata keseluruhan pencapaian PNGK calon STPM 2021 adalah meningkat berbanding 2020.

“Daripada segi pencapaian PGNK calon secara keseluruhan bagi pencapaian 3.75 dan ke atas, 9.04 peratus, PNGK 3.0 dann ke atas (41.72 peratus), PNGK 2.75 dan ke atas (55.85 peratus) dan PNGK 2.00 dan ke atas (88.24 peratus).

“Dengan peningkatan peratusan calon pada PNGK itu, tiada halangan lebih ramai calon lepasan STPM 2021 diterima masuk ke universiti awam pada tahun ini,”katanya.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews