fbpx

Tak sampai seminggu, portal aduan buli terima 19 aduan – Radzi

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin (tengah) melawat ruang pameran pada Program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan DELIMa ‘Agenda Digital Kita’ di SMK Putrajaya Presint 8 (1) pada 22 Ogos 2022. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA – Tidak sampai seminggu dilancarkan, Portal Aduan Buli Kementerian Pendidikan (KPM) telah menerima sebanyak 19 aduan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu, 16 daripadanya diterima daripada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

“Kita ada empat saluran iaitu SISPA, e mel, panggilan telefon dan (aplikasi) WhatsApp. Untuk SISPA, kita terima 16 aduan dan kita sedang mengambil penelitian dan tindakan yang sewajarnya.

“Setiap aduan kita teliti dan dapatkan maklumat lanjut untuk memastikan apa yang sebenarnya berlaku.

“Melalui e mel masih belum menerima sebarang aduan, melalui talian telefon sebanyak lima panggilan tetapi lebih kepada pertanyaan dan bukannya aduan.

“Untuk telefon bimbit ada dua panggilan pertanyaan dan menerusi aplikasi WhatsApp ada 10 pertanyaan dan tiga aduan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan pelantar pembelajaran digital (DELIMa) KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) hari ini.

Portal aduan buli dilancarkan pada 18 Ogos lalu bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada KPM.

Dalam pada itu, Radzi berkata, portal aduan itu bukan sahaja untuk menerima aduan mengenai buli namun lebih kepada platform pertanyaan ibu bapa.

“Jika kita lihat, ibu bapa khususnya dan juga pemegang taruh dalam sektor pendidikan ini melihat portal ini sebagai satu platform yang boleh digunakan bukan sahaja untuk buat aduan tetapi juga untuk dapatkan pertanyaaan lanjut dan mungkin ada yang nak beri maklum balas.

“Apa yang penting kita mahu setiap aduan dibuat dengan lengkap dan aduan itu diberi maklumat yang membolehkan kita buat soiasatan lanjut supaya porses itu jadi lebih cekap dan berkesan,” katanya lagi.

Portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuliitu menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.

Saluran berkenaan adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.

Turut disediakan pesanan menerusi Aplikasi WhatsApp di talian 0148009325.





Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews