fbpx

Pengasuh didakwa abai bayi 3 bulan sehingga meninggal

KUALA LUMPUR:  Seorang pengasuh kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anak asuhannya berusia tiga bulan sehingga menyebabkan kematian, awal bulan ini.

Nor Malisa Mansor, 39, didakwa mengabaikan bayi perempuan itu di antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari, 9 Ogos lalu di sebuah unit kediaman di Presint 9, Putrajaya.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a)) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 31 (5)(b) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Hakim Izralizam Sanusi membenarkan Nor Malisa dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut pada 28 September ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan memohon jaminan tidak kurang daripada RM10,000  dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana mempunyai tiga orang anak manakala seorang daripadanya masih menyusu.



Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews