fbpx

Setiausaha Agung MUDA kena dakwa esok

Amir berucap pada protes mana kapal LCS di hadapan Sogo, Kuala Lumpur petang ini. Foto Haifa Nasir/SUMBERKINI

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok membabitkan perhimpunan berkaitan isu projek kapal tempur pesisir (LCS).

Mengesahkan demikian menerusi ciapan Twitter, Amir memeberitahu pendakwaan ke atasnya susulan himpunan ‘Protes Mana Kapal LCS’ yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini dua minggu lalu, akan dibuat mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Baru dihubungi oleh peguam, esok jam 9 pagi saya akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur. Ia berkaitan himpunan #ManaKapalLCS,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, kumpulan penganjur yang menggelarkan diri mereka Jawantankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam kenyataannya, menuntut kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala salah laku yang berlaku.

Sebelum ini, media melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pelaksanaan perhimpunan itu gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Hasil pemerhatian yang dibuat, kira-kira 60 individu terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar, ahli politik dan beberapa individu menyertai perhimpunan itu yang telah dan belum dikenal pasti.

Difahamkan, seramai 13 individu telah dikenal pasti dan mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews