fbpx

Hamilton akui kesilapan

London: Bintang pasukan Mercedes, Lewis Hamilton menegaskan insiden nahas membabitkan pelumba itu dengan Fernando Alonso di Grand Prix Belgium adalah kesilapannya sehingga dia digelar bodoh oleh pelumba Alpine.

Pelumba berusia 37 tahun itu terkeluar daripada perlumbaan selepas berlanggar dengan ikon Sepanyol itu pada pusingan pertama di Spa.

Alonso yang berang berkata di radio pasukan:”Tindakan bodoh! Kami mempunyai peluang yang baik tetapi dia hanya tahu bagaimana untuk memandu dan meluru ke depan.”

Semalam Hamilton mengakui insiden itu disebabkan kesilapannya.

Katanya kepada Sky Sports: “Saya melihat kembali video. Saya dapati dia berada dalam titik buta dan saya tidak memberikannya cukup ruang.

“Jadi ia silap saya. Saya minta maaf kepada pasukan dan saya perlu pulihkan diri dan kembali ke gimnasium.”

Ketika ditanya pendapat mengenai perkataan keras Alonso, Hamilton berkata dia tidak peduli dengan kata-kata itu.

“Seperti saya kata, ia silap saya. Saya tak nampak dia. Dia berada betul-betul dalam kawasan titik buta sebelah kanan saya.”

Insiden itu juga menyebabkan Hamilton gagal menamatkan perlumbaan kali pertama musim ini.




Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »