fbpx

Indikator COVID-19 terus menurun – Dr Noor Hisham

Foto oleh SAYUTI ZAINUDIN

PUTRAJAYA: Kebanyakan indikator COVID-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan pada Minggu

Epidemiologi 34/2022 (ME) atau dalam tempoh 21 Ogos hingga Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 kategori satu dan dua ke hospital menurun sebanyak 15.8 peratus.

“Bagi kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima, ia menunjukkan penurunan sebanyak 15.2 peratus.

“Penggunaan katil bukan kritikal menurun tiga peratus, manakala katil di unit rawatan rapi (ICU) menurun dua peratus. Ia disusuli penggunaan katil di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang menurun satu peratus serta pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun 0.3 peratus, berbanding minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penurunan peratusan itu juga dapat dilihat bagi kes positif COVID-19 yang dipantau di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 13 peratus dan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun 19.5 peratus serta kes yang dirujuk CAC ke hospital menurun 26 peratus.

“Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) pada akhir ME 34/2022, ia meningkat 5.15 peratus berbanding pada akhir ME 33/2022 (dari 52,326 kes kepada 55,021 kes),” katanya.

Katanya, bilangan kes sembuh pada ME 34/2022 turut menurun sebanyak 5.4 peratus iaitu daripada 26,458 kes kepada 25,037 kes.

“Bilangan kes baharu pada ME 34/2022 menurun 17.9 peratus (22,786 kes kepada 18,715 kes), kes tempatan menurun 18 peratus (22,756 kes kepada 18,666 kes), manakala kes import meningkat 63.3 peratus (30 kes kepada 49 kes).

“Peningkatan turut dilihat menerusi bilangan kes kematian yang meningkat 7.1 peratus iaitu daripada 56 kes kepada 60 kes pada ME 34/2022.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 34/2022 adalah 36,179 iaitu terdapat penurunan 13.9 peratus, berbanding minggu sebelumnya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hasil survelan oleh Kementerian Kesihatan pada ME 34/2022 mendapati sebanyak 140 sampel dalam kalangan pesakit seperti influenza (ILI) yang dikesan COVID-19 dengan kadar positif 15.5 peratus.

“Bagaimanapun, tiada sampel Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif kekal sifar peratus,” katanya.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »