fbpx

Miguel Olivera tolak tawaran GasGas Tech3, pilih RNF Racing

OLIVEIRA menegaskan bahawa Tech3 tidak pernah menjadi pilihannya pada saingan MotoGP, sekali gus menolak tawaran daripada GasGas Tech3 musim depan. Foto: Instagram Miguel Oliviera

LONDON – Pelumba Portugal, Miguel Oliveira dilihat sudah tawar hati dengan KTM apabila dikatakan menolak tawaran kontrak tiga tahun bersama pasukan GasGas Tech3 (KTM) baru-baru ini.

Oliveira sebelum ini naik angin dengan tindakan pasukan Red Bull KTM yang mengarahkannya menyertai Tech3 selepas mengumumkan telah menandatangani Jack Miller dari Ducati dengan kontrak dua musim.

Bagaimanapun, Oliveira tidak bersetuju untuk turun pangkat sekali gus membuat keputusan menyertai pasukan WithU RNF milik Datuk Razlan Razali menjelang saingan 2023 nanti.

“Tech3 tidak pernah menjadi pilihan untuk saya. Saya ingin memberitahu dengan jelas bahawa ia bukan mengenai pasukan atau individu.

“Saya memberitahu kepada Herve Poncharal (pemilik Tech3). Saya sangat gembira sepanjang masa saya bersama mereka. Saya telah buktikan kemampuan saya bersaing dengan kelompok hadapan dan kini mereka hantar saya semula ke Tech3,” katanya baru-baru ini.

Menurut laporan antarabangsa, RNF Racing telah mengikat kontrak dengan ­Oliveira dua tahun, namun keputusan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Ketika ini, RNF Racing sedang mencari pelumba baharu menjelang persiapan menghadapi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 sejurus menamatkan kerjasama dengan Yamaha dan beralih menyertai pengeluar jentera Aprilia musim depan.

Pelumba Portugal, Miguel ­Oliveira antara yang dikaitkan me­nyertai pasukan RNF dengan perjanjian selama dua tahun. ­Selain Olivera, Raul Fernandez ­turut mendapat perhatian ­Razlan. – AGENSI





Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews