fbpx

‘Saya patuhi perlembagaan, walaupun saya yang asas Yayasan Akalbudi’ – Ahmad Zahid

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa beliau mematuhi perkara-perkara yang yang termaktub dalam Perlembagaan Yayasan Akalbudi (YAB) ketika mengendalikan dana badan kebajikan itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, meskipun YAB diasaskannya, namun dana YAB itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi.

“Dana yayasan YAB digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti mana dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif YAB.

“Saya tidak boleh menggunakan dana yayasan itu untuk kepentingan peribadi meskipun saya sendiri yang asaskan yayasan itu,” katanya ketika prosiding pemeriksaan semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh di sini, pada Selasa.

Kepada soalan seorang lagi peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, sama ada Ahmad Zahid dimaklumkan bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad, Chew Ben Ben mengenai tujuan penyerahan cek, beliau secara ringkasnya memberitahu, ‘sumbangan politik’.

Ahmad Zaidi: Mengapa sumbangan daripada Datasonic yang Datuk Seri, terima masuk ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co dan tidak buat aktiviti politik daripada sumbangan itu?

Ahmad Zahid: Yang Arif, sebarang sumbangan politik walaupun untuk aktiviti peribadi saya sebagai ahli politik, saya masukkan ke dalam akaun Lewis & Co sebagai pemegang amanah YAB adalah untuk disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang dibenarkan sebagaimana terdapat dalam M&A untuk tujuan atau objektif YAB.

Perbicaraan bela diri Ahmad Zahid terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi, di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.





Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »