fbpx

Elavarasan pengendali baharu skuad B-23 negara

Barisan kejurulatihan skuad bawah 23 tahun negara; (dari kiri) Lee Jeyoon (jurulatih analisis prestasi), Juan Torres Garrido (penolong jurulatih), E Elavarasan (ketua jurulatih), Kris Yong Wai Hwang (jurulatih penjaga gol) dan Park Ji Hyeon (jurulatih kecergasan). - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai siapa pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara akhirnya terjawab selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan E Elavarasan bagi mengemudi pasukan itu.

Pelantikan Elavarasan dilihat tepat memandangkan beliau juga terbabit dalam barisan kejurulatihan skuad senior Harimau Malaya sebagai penolong jurulatih.

Justeru, ia mungkin boleh membantu kesinambungan dan falsafah dari skuad B-23 dengan skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon.

Elavarasan akan dibantu penolong jurulatih dari Sepanyol, Juan Torres Garrido, Kris Yong (jurulatih penjaga gol), Park Ji Hyeon (jurulatih kecergasan) dan Lee Jeyoon (jurulatih analisis prestasi).

Terdahulu, Brad Maloney melepaskan jawatan pada bulan lalu selepas gagal di Piala Asia B-23 di Uzbekistan dengan gagal melepasi peringkat kumpulan.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews