fbpx

Kerajaan Perancis fokus siapkan LCS – Hishammuddin

PETALING JAYA: Kerajaan Perancis menyatakan komitmen untuk meneruskan dan menyiapkan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali gus menjadi keutamaan tertinggi mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan beliau bersama pihak Kerajaan Perancis semalam memberi tumpuan terhadap komitmen antara kerajaan kedua-dua negara berhubung perolehan LCS.

“Seperkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri telah menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi.

“Ini merupakan perkembangan yang mustahak terutama di fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri April lalu.

“Malah komitmen kerajaan Perancis ini juga selari dengan syor beberapa pihak terutamanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta keputusan Jemaah Menteri supaya projek LCS diteruskan demi kepentingan TLDM,” kata dalam catatan Facebook beliau.

Isu LCS timbul ekoran laporan PAC setelah memanggil beberapa saksi dan hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.) secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.

Menurut jadual asal, sepatutnya lima kapal harus disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.





Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews