fbpx

Amah disyaki curi wang majikan RM50,000 ditahan

AMPANG – Seorang pembantu rumah warga asing ditahan polis kerana disyaki mencuri wang majikannya sebanyak RM50,000 di sebuah rumah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suri rumah berusia 37 tahun itu menyedari wang tunai di dalam beg tangan yang diletakkan dalam stor rumahnya telah tiada pada jam 4 petang, 15 September lalu.

“Duit yang hilang itu ditunaikan mangsa pada 14 September lalu daripada akaun syarikat milik suaminya dengan tujuan untuk disimpan di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik anak-anaknya tetapi tidak sempat berbuat demikian kerana sibuk dengan urusan perpindahan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

“Suspek bekerja sebagai pembantu rumah lebih kurang tujuh tahun, tiada rampasan dibuat semasa tangkapan.

“Suspek juga tidak melarikan diri dan masih bekerja selepas kejadian,” katanya.

Farouk berkata, suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan dan bekerja tanpa permit sah.

“Suspek direman selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews