fbpx

Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran

MEMASAK ayam dalam ubat batuk bukan sahaja menjadikan hidang itu tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya, kata Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA).

Ia adalah susulan cabaran ‘sleepy chicken’ di TikTok.

Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.

Ubat yang dididihkan boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya, kata FDA dalam satu kenyataan.

“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” kata kenyataan itu.

Ini bukan kali pertama FDA memberi amaran terhadap cabaran media sosial yang menggunakan ubat bukan preskripsi.

Pada September 2020, amaran serupa telah dikeluarkan oleh FDA selepas beberapa remaja dilaporkan dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia selepas menyertai “Cabaran Benadryl”.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »