fbpx

Ronaldo letak sasaran beraksi di Euro 2024

Merseyside Police launched an investigation after a clip was circulated online of Ronaldo appearing to knock the supporter’s mobile phone on to the ground as he limped towards the tunnel following United’s 1-0 loss. — Reuters

CRISTIANO Ronaldo telah meletakkan sasarannya untuk beraksi di pentas Euro 2024 dan penyerang Portugal dan Manchester United itu berkata dia tidak bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.

“Perjalanan saya belum berakhir, anda perlu bersabar dengan ‘Cris’ untuk sementara waktu lagi,” kata Ronaldo pada Selasa.

Terdahulu, beliau menerima trofi pada anugerah Quinas de Ouro persekutuan bola sepak Portugal (FPF) di Lisbon kerana menjadi penjaring gol terbaik pasukan kebangsaan sepanjang zaman.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada Piala Dunia dan Euro, saya berasa sangat bermotivasi. Cita-cita saya masih lagi tinggi,” kata pemain berusia 37 tahun itu.

Ronaldo telah menjaringkan 117 gol dalam 189 penampilan Portugal dan menjangkakan untuk bermain dalam kejohanan antarabangsa ke-10 utamanya untuk negaranya di Qatar 2022.

Dua gol penyerang itu menentang Republik Ireland pada September 2021 membolehkannya memintas 109 gol yang dijaringkan oleh pemain hebat Iran, Ali Daei sebagai penjaring rekod antarabangsa.

Ronaldo akhirnya kekal di Manchester United pada musim panas ini walaupun spekulasi dia akan bertukar kelab.

Dan, walaupun berada di bangku simpanan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris, dia menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir pasukan itu di Moldova ketika bertemu FC Sheriff dalam saingan Liga Europa.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »