fbpx

Keluarkan cuba bunuh diri daripada senarai jenayah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membawa hasil kajian cadangan mengeluarkan cubaan bunuh diri daripada senarai jenayah dalam sesi libat urus tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata hasil kajian oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) itu akan dibincangkan dengan wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita baru saja terima laporan hasil kajian oleh pihak AGC berkaitan dengan decriminalisation (nyahjenayah) cubaan bunuh diri kerana saya telah bawa satu MJM Memohon Pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk Tidak Menjenayahkan Kesalahan Cubaan Bunuh Diri untuk kita adakan moratorium dahulu.

“Dalam sesi ini, kita akan bincangkan hasil kajian yang diperolehi daripada AGC dan kita akan menyemak semula memorandum jemaah menteri yang disediakan untuk dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Sekarang ini kita perlu dapatkan pandangan daripada PDRM dan KDN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Dana Bagi Program Kesihatan Mental kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews