fbpx

Malaysia kekal ahli ICAO buat penggal keenam berturut-turut

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya mempertahan kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi sesi 2022-2025.

Ini menjadikan Malaysia kekal sebagai Ahli Majlis ICAO untuk enam penggal berturut-turut sejak 2007.

Berita baik itu dikongsi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook, hari ini yang kini bersama delegasi berada di Ibu pejabat ICAO di Montreal, Kanada bagi menghadiri Persidangan ICAO ke-41.

Menurutnya, menerusi pemilihan yang dijalankan semalam, Malaysia memperoleh 136 undi.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan, kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan Wakil Tetap Malaysia ke ICAO, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, pegawai Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pelbagai pihak lain.

“Malaysia akan terus memberikan komitmen berterusan kepada ICAO untuk mempertahan dan menegakkan aspek-aspek keselamatan penerbangan awam, inovasi dan kemapanan penerbangan global.

“Kami juga akan memanfaatkan kemenangan ini untuk kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Pencapaian itu adalah kejayaan berganda buat Malaysia apabila penarafan keselamatan Kategori 1 dikembalikan semula Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) baru-baru ini.

Ia selepas CAAM memenuhi piawaian ditetapkan di bawah Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA).

Pencapaian itu amat membanggakan negara sekali gus membolehkan Malaysia mendapat semua kelebihan diberikan kepada syarikat penerbangan, termasuk membuat penerbangan di laluan udara tambahan.

Sumber: Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews