fbpx

PLUS jangka 1.9 juta kenderaan sempena cuti Maulidur Rasul

Foto oleh Yusof Mat Isa

SHAH ALAM – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini sehingga Isnin sempena cuti sambutan Maulidur Rasul.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, jumlah itu merupakan lonjakan daripada 1.7 juta kenderaan sehari berbanding hari biasa sejak negara memasuki fasa peralihan endemik.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa pelanggan merancang pergerakan bagi menghadapi kemungkinan berlaku kesesakan yang memanjangkan tempoh perjalanan.

“Kami menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini supaya membuat persediaan.

“Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut.

Tambah beliau, dengan memuat turun aplikasi PLUS, pelanggan boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Menurutnya, sebagai alternatif, pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI dan papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Pelanggan juga disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberi penerangan tentang prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 yang masih kekal dikuatkuasakan.

“Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang sesak,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews